Nurul Arfa | Ebook Takaful
Panduan Ringkas Melindungi Keluarga

5 Rahsia Perancangan Kewangan & Takaful Yang Anda Wajib Tahu

Ketahui cara sebenar melindungi keluarga & simpanan anda daripada musibah kewangan yang tidak dijangka. Jangan biarkan titik peluh anda lebur sekelip mata.

Oleh: Nurul Arfa, Perunding Takaful Bertauliah

Kenapa Anda Mesti Bertindak Sekarang?

Ramai rakyat Malaysia bekerja keras setiap hari. Bangun seawal 5 pagi, keluar sebelum matahari terbit, pulang ketika anak-anak sudah tidur. Semua ini demi membayar rumah, kereta, menyara keluarga, dan menyimpan untuk masa depan.

Namun, hakikat yang sering diabaikan:

  • Penyakit tidak memilih usia.
  • Kemalangan tidak memilih masa.
  • Kematian tidak memberi notis awal.

Jika sesuatu berlaku kepada anda hari ini:

Adakah keluarga mempunyai dana kecemasan?

Mampukah pasangan meneruskan bayaran rumah?

Bolehkah anak-anak meneruskan pelajaran?

Adakah simpanan yang ada benar-benar mencukupi?

Penyelesaian Anda

5 Rahsia Takaful Anda Perlu Tahu

Rahsia 1: Simpanan Sahaja Tidak Cukup

Kos rawatan sentiasa meningkat. Kanser boleh mencecah RM300,000. Pembedahan jantung RM150,000. Simpanan 10 tahun boleh habis dalam masa 10 hari.

Takaful bertindak sebagai pelindung kepada simpanan anda.

Rahsia 2: Hibah Takaful Pengganti Gaji

Jika anda tiada, bil, rumah, dan makanan anak-anak masih perlu dibayar. Hibah adalah wang tunai segera (pampasan) yang diberikan terus kepada penama.

Hibah adalah untuk yang hidup, sebagai tanda cinta terakhir.

Rahsia 3: Sakit Itu Pasti, Masa Itu Rahsia

Penyakit tidak menunggu kita bersedia. Beli perlindungan ketika anda masih SIHAT, bukan setelah disahkan berpenyakit kronik.

Beli bila tak perlu, guna bila benar-benar perlu.

Rahsia 4: Kepentingan Income Protection

Bagaimana jika anda masih hidup tetapi hilang upaya kekal (TPD)? Tiada gaji masuk, tetapi kos sara hidup tetap berjalan.

Pelan Income Protection memastikan kewangan tidak terjejas.

Rahsia 5: Review Polisi Anda 5 Tahun Sekali

Gaji, anak, dan hutang anda bertambah dari tahun ke tahun. Polisi RM50,000 mungkin cukup 10 tahun lepas, tapi bukan hari ini.

Semak perlindungan selepas kahwin, dapat anak, atau beli rumah.

Semakan Pantas Kewangan Anda

Tandakan kotak di bawah dengan jujur. Adakah keluarga anda benar-benar selamat?

Nurul Arfa

Saya, Nurul Arfa

Perunding Takaful Bertauliah

Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Musibah tidak boleh diramal, tetapi kesannya boleh dirancang. Perancangan kewangan yang baik bukan bermaksud kita mengharapkan perkara buruk berlaku, tetapi memastikan keluarga terus selesa mendepani ujian hidup.

Takaful bukan tentang kematian. Ia tentang kasih sayang, tanggungjawab dan ketenangan fikiran.

*Tiada paksaan. Tiada komitmen. Hanya sesi konsultasi percuma.